Tuesday, July 12, 2011

TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA...

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian,Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan CintaNya…lumrah hidup lelaki perlu perempuan untuk disayangi,perempuan perlukan lelaki untuk dilindungi.alamak terjiwang pulak!! nie nak habaq mai, nak buat pengakuan besaq,Cik anisz sekarang nie tgh TER RINDU GLER KAT MR R!!!sebab tu wat entry nie....


 TANDA-TANDA PARA JEJAKA BETUL-BETUL TERJATUH CINTA....
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya.
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta mahu pun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23.. Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita


p/s:hampir 97% kenyataan tu ada pada Mr R..adakah die pemilik tulang rusukku...
 

No comments:

Post a Comment