Monday, April 25, 2011

Nasi Ayam Pn Sapiah...

semalam bercuti so ai jd bibik sepenuh masa lah n leh lah nyanyi lagu P.Ramlee "kalu lah aku jd isteri ,masak-memasak serah padaku.."heheh tukar ckit jer leh noo....
semalam ahad n my little brother mahu pulang ke Ipoh so die request kt my mum nk mkn nasi ayam...sesuatu yg besh nyer ngn Pn Sapiah nie kalu request nk mkn apa msti die masak pnyer..lg2 kalu duk jauh2 n balik skali skali..(sbb tu lah aii demox!!!)...
So Semalam Pn Sapiah pun turun kan lah resepi nasi ayam die kat anak perempuan die sorang nie...
So jom kite main masak-masak!!!!

1.Cara-cara membuat ayam goreng Nasi Ayam Pn Sapiah
  bahan-bahan
1.ayam
2.susu cair @ pekat
3.halia
4.sos
5.kicap manis

   cara-cara
1.rebus ayam bersama susu dan halia(simpan air rebusan td)
2.garam kunyit kan ayam n goreng.
3.salut ayam yg di goreng dengan sos & kicap manis.
4.kukus ayam yang telah di letak sos & kicap.

2.Cara-cara membuat Nasi Ayam Pn Sapiah.
  bahan-bahan
1.nasi
2.beras pulut (sedikit shja)
3.bawang merah & bawang putih (dihiris)
4.halia (diketuk)
6.Planta
7.minyak masak
8.air rebusan ayam.

   cara-cara
1.masuk kan planta dan sedikit minyak masak
2.tumis bawang merah n bawang putih serta halia yang telah ditumbuk.
3.masuk kan beras yang telah di basuh tambah sedikit beras pulut untuk menyedap kan nasi (dalam setengah cawan shja).
4.masukkan air rebusan ayam.
5.letak garam sedikit
6.tambah air mengikut sukatan seperti biasa.
7.masukkan periuk nasi td ke dlam rice cooker.tunggu sehingga masak seperti biasa.
8.tunggu sehingga masak

3. Cara-cara membuat Sup Nasi  Ayam Pn Sapiah.
  bahan-bahan
1.bawang putih,merah,halia
2.ayam
3.bunjut sup.
4.bawang goreng
5.serbuk lada hitam
6.daun sup
7.tunggu sehingga masak

  cara-cara
1.bawang merah,putih,halia bersama isi-isi yg terdapat dlm bunjut sup .(keluar kan dari kain)
2.masuk kan ayam.
3.masukkan air tunggu sehingga memdidih.
4.letakkan serbuk lada hitam.
5.letak garam dan secukup rasa.
6.masukkan bawang goreng dan daun sup.
7.tunggu sehingga masak.

4.Cara-cara membuat Sos Nasi Ayam Pn Sapiah
  bahan-bahan
1.cili kecil & cili besar
2.bawang putih
3.tomato
4.air asam jawa (sedikit jer)
5.sos cili
6.air masak
7.garam & secukup rasa.


  cara-cara
1.blander cili kecil,besar,bawang putih bersama air masak & asam jawa,serta sos.
2.kisaran terakhir masukkan tomato (hanya sekali kisar shja).
3.letak garam dan secukup rasa.
siap!!




p/s:jom mak kte bkak kedai nasi ayam lak!!!

2 comments: